Pengikut

Banner

photobucket
Assalamualaikum Semua. Selamat Datamg Ke Blog Shake. Have Fun. Followlah Kalau Korang Suka. Jangan Lupa Baca Entry tu. Like Juga kalau Suka. Dan Jangan Lupa Tinggalkan Jejak Di ShoutBox okey?

Gula-Gula Dari Kulit Buah.

Views

Hai semua. Shake nak bercerita tentang gula-gula yang diperbuat dari kulit buah jambu batu dan mangga yang dicipta oleh Ketua Pusat Pengajian Teknologi Industri, Profesor Madya Dr. Noriham Abdullah. Banyak khasiatnya tau. Jom baca!

Kebanyakan daripada kita akan membuang kulit buah terlebih dahulu sebelum memakannya. Tapi tahukah kawan-kawan bahawa kulit buah seperti magga dan jambu batu yang selama ini dianggap tidak berguna boleh dijadikan gula-gula? Unikkan buah-buahan tempatan?
Sekumpulan penyelidik dari Fakulti Sains Gunaan, UiTM telah berjaya menghasilakn inovasi baru dalam industri pembuatan snek berasaskan kulit buah-buahan ini. Makanan ringan tersebut diberi nama Fruity Peelo. Ia dihasilkan daripada kombinasi kulit buah mangga dan jambu batu. Gabungan dua kulit buah-buahan ini telah memberikan inovasi snek ringan yang rasanya sangat enak. Selain daripada sedap dimakan, snek ini sebetulnya baik untuk kesihatan.
Kajian saintifik telah membuktikan bahawa buah jambu batu dan mnagga memeliki khasiat yang sangat tinggi kerana kaya dengan kandungan vitamin mineral, serat dan antioksidan.




Jambu Batu

Jambu batu atau nama saintifiknya Psidium Guajava misalnya boleh menjadi sumber perubatan tradisional mahupun moden. Ini kerana, bahagian biji dan kualitinya dapat digunakan untuk mengawal tekanan darah serta menguranngkan kandungan kolestrol dalam badan




Mangga

Buah mangga pula dapat membantu sistem pencernaan. Sebahagian besar serat buah ini juga didapati boleh larut dalam air dan mampu menjaga kolestrol agar menjadi normal.Disamping itu, kedua-dua buah tersebut turut didapati mengandungi antioksidan. bahan inisangat berguna dalam melawan radikal bebas, iaitu penyebab pelbagai jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kardiovaskular.
Meskipun gula2-gula ini diklasifikasikan sebagai makan ringan, kata Profesor Madya Dr. Noriham Abdullah (Ketua Pusat Pengajian Teknologi Industri), Fruity Peelo dilihat berpotensi menjadi snek sihat dinegara ini. Malah, sangat sesuai untuk mereka yang mementingkan pemakanan diet yg sihat. Oleh itu, gula-gula lembut ini begitu ideal dijadikan snek pilihan untuk semua generasi, terutamanya golongan kanak-kanak.
Fruity Peelo tutut memeliki rasa masam-masam manis. Malah tiada kandungan bahan-bahan logam berat lain seperti plumbum yang berbahaya untuk kesihatan. Sesuai dengan matlamat para penyelidik untuk mewujudkan pengambilan makanan ringan secara sihat dikalangan penduduk Malaysia.

Info ini diambil dari majalah Infinity keluaran Feb 2010

Kata Shake : Bangga menjadi Anak Malaysia!





Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012. All Right Reserve By Shaky Shake