Pengikut

Banner

photobucket
Assalamualaikum Semua. Selamat Datamg Ke Blog Shake. Have Fun. Followlah Kalau Korang Suka. Jangan Lupa Baca Entry tu. Like Juga kalau Suka. Dan Jangan Lupa Tinggalkan Jejak Di ShoutBox okey?

Aiskrim Makanan Orang Asia

Views



Aiskrim sangat digemari oleh pelbagai peringkat umur. Di sebalik keenakan pencuci mulut itu mungkin ada di antara kita yang tidak tahu sejak bila ia muncul dan disukai ramai. Tertanya-tanya juga siapa sebenarnya orang yang mula-mula menikmati keenakan makanan sejuk itu. Nak tahu? Jom kita baca entry Shake kali ini.

Jawapan kepada persoalan ini akan membawa kita menyelusurisejarah aiskrim jauh ke masa lampau, iaitu kira-kira 3,000 tahun Sebelum Masihi (SM). Ketika itu dipercayai orang-orang Cina telah mempunyai beberapa jenis produk daripada ais yg dikenali sebagai sirap. Walaupun ia tidak seperti aiskrim pada zaman moden, ada pendapat mengatakan makanan sejuk itu awalnya adalah daripada bahan sirapyang kemudian dibekukan.





(Gambar sekadar hiasan)



Pada abad ke-13, Marco Polo kembali ke Eropah selepas lebih 17 tahun berada di China. Kepulangannya bukan dengan tangan kosong tetapi membawa bersama teknik bagaimana orang Cina menghasilkan aiskrim. Daripada detik itulah dikatakan bermulanya penyebaran makanan aiskrim ke seluruh pelosok dunia sehingga ia disukai ramai.
Namun demikian, pada awal kewujudan aiskrim di Eropah, bukan semua golongan boleh memakannya. Ketika itu, aiskrim hanya mampu diperoleh oleh golongan kaya Eropah sahaja. Ia telah dihidangkan sebagai pencuci mulut paling mewah dikalangan orang-orang kaya dan golongan bangsawan.
Maharaja Rom yang bernama Nemo sekitar abad ke-14 Selepas Masihi (SM) juga menjadi penggemar nombor satu aiskrim. Kerana terlalu menggemari makanan ini, dia mengarahkan para hambanya mendapatkan saljidi gunung-gunung bagi memenuhi seleranya untuk memakan aiskrim. Salji berkenaan kemudiannya dicampurkan madu dan beberapa jenis buah-buahan sebelum dihidangkan.



(Gambar Sekadar Hiasan)




Selepas melalui sejarah panjang, lama-kelamaan resepi aiskrim dan bentuknya di pelbagaikan. itu pun selepas lebih dari 70 kali penambahbaikan aiskrim dipatenkan. Menjelang tahun 1900, barulah hampir semua orang mampu menikmati keenakan aiskrim. Lebih-lebih lagi setelah alat membuat aiskrim tradisional dicipta oleh Nancy Johnson dari Philadelphia pada tahun 1843.
Tapi bagaimnana aiskrim dihasilkan sehingga teksturnya begitu lembut dan rasanya sangat sedap? Kunci kepada persoalan ini adalah tindak balas kimia. Penggunaan garam yang dicampurkan ke dalam ais telah mengawal suhu campuran bahan-bahan dalam aiskrim.
Walaupun pada dasarnya kita melihat aiskrim tampak mampat, tapi apabila diperhatikan di bawah mikroskop akan kelihatan empat susunan komponen didalamnya. Pertama, padatan globul lemak susu, udara yang ukurannya 0.1 milimeter, kristal-kristal kecil ais dan air yang melarutkan gula, garam serta protein susu.
Jika campuran berkenaan dibiarkan di tempat dingin, aiskrim tidak akan terhasil dengan baik. Apa yang terbentuk cuma gumpalan padat berisi kristal-kristal ais yang tidak enak dimakan.
Justeru itu, untuk mendapatkan aiskrim yang sedap dimakan, adunan aiskrim harus digoncang semasa proses pendinginan berlangsung. Kocakan selama proses pendinginan merupakan kunci dalam pembuatan aiskrim yang baik. Tujuannya adalah untuk mengecilkan ukuran kristal ais yg terbentuk. Ini kerana, semakin kecil ukuran kristal ais, semakin lembut aiskrim yang dihasilkan.
Pun begitu, sesedap san selembut mana pun aiskrim yang dihasilkan, Jika is tidak disimpan dengan baik, sebahagian aiskrim akan mencair lalu membentuk kristal ais yang lebih besar apabila dimasukkan kembali ke peti sejuk. Akibatnya tekstur aiskrim menjadi semakin kasar dan tidak enak dimakan.





(Gambar Sekadar Hiasan)



FAKTA RINGKAS:

  • Pada 23 Julai 1904, Charles E. Minches mencipta kon aiskrim.
  • Sekitar 1880-an, Yakub Fussell membuka kilang aiskrim pertama di Amerika. Rakan kongsi FUssell, James Horton kemudiannya membuka lagi sebuah kilang di New York.
  • Dari sudut kesihatan, aiskrim tidak akan menyebabkan batuk. Batuk terjadi disebabkan oleh perubahan suhu selepas memakan aiskrim.
  • Selesema selepas memakan aiskrim juga bukan disebabkan oleh makanan manis tersebut. Sebenarnya ia disebabkan infeksi bakteria atau virus.
  • Mitos mengatakan, aiskrim tidak boleh dimakan ketika hari hujan atau sejuk. Sebenarnya perkara itu tidak benar. Memakan aiskrim sewaktu cuaca sejuk hanya melambatkan proses pencairan aiskrim. Jadi anda boleh menikmatinya dengan perlahan-lahan dan Tidak perlu terburu seperti ketika cuaca panas.



"Hidup umpama aiskrim. Nikmati ia sebelum cair"



Info: Majalah Infinity Keluaran Disember 2011


Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012. All Right Reserve By Shaky Shake