Pengikut

Banner

photobucket
Assalamualaikum Semua. Selamat Datamg Ke Blog Shake. Have Fun. Followlah Kalau Korang Suka. Jangan Lupa Baca Entry tu. Like Juga kalau Suka. Dan Jangan Lupa Tinggalkan Jejak Di ShoutBox okey?

Makanan Kekal Muda.

Views
Berbanding wanita, lelaki juga perlu kepada makanan awet muda. Terdapat beberapa jenis makanan yang sesuai diamalkan oleh lelaki supaya sentiasa sihat dan cergas. Diantaranya ialah:
Biji Bunga Matahari 
Makanan yang menjadi snek ketika menonton ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Walaupun sedikit masin, makanan ini juga kaya dengan kandungan vitamin E semulajadi. Vitamin E ini merupakan salah satu nutrien penting untuk awet muda.
Biji Bunga Matahari / Kuaci

Kekacang Dan Bayam
Bayam dan kekacang mengandungi bahan yang dapat membantu mengelakkan dan merawat kerosakkan yang berlaku pada kulit terutamanya kepada individu yang semakin berumur.
 Bayam

Jus Anggur
Selain menghalang serangan jantung dan strok yang biasa terjadi pada lelaki, jus anggur juga membantu mengelakkan kedutan pada kulit muka. Kandungan antioksida yang berada di dalamnya membuatkan kulit lebih fleksibel dan elastik.
 Buah Anggur

Lobak Merah Dan Keledek
Sering berjemur dibawah sinaran matahari antara faktor yang menyebabkan seseorang lelaki itu nampak lebih tua dari usianya yang sebenar. Para pakar Eropah mendapati pigmen-pigmen daripada sumber makanan yang kaya dengan beta karotin seperti ubi keledek dan lobak merah mampu melindungi kulit dari menjadi rosak akibat sinaran ultraviolet.
 Lobak Merah

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

10 Tips Komunikasi Terbaik Untuk Pasangan Yang Sudah Berkahwin.

Views



Hai kawan-kawan. Hari ini Shake nak berkongsi 10 tips komunikasiterbaik untuk pasangan.

  • Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan
  • Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lainapabila pasangan balik kerumah.
  • Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik,
  •  Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakkan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.
  • Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati.
  • Ucapkan kata-kata sayang dan romantik dua kali sehari.
  • Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun.
  • Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.
  • Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan.
  • Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin.
(Gambar sekadar hiasan)

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

JOM BACA BLOG AKU

Views

Abg Ben, Shake nak join jugak lah. =D

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Jomlah baca blog Shake nie. Mungkin anda akan dapat membaca info-info yang berguna di blog saya nie.
Salah satu entry saya yang mungkin menarik ialah:

http://penghiaslangitku.blogspot.com/2012/02/aiskrim-makanan-orang-asia.html
Terima Kasih Abg Ben.


Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Himpunan Cerita Lawak

Views
Hye kawan-kawan. Disini Shake ade sediakan 3 cerita lawak. harap2 kawan-kawan suka membancanya. have fun =)

Cerita 1
Suatu hari Mak Andih berjumpa doktor. Sob..... sob.... sob.... Mak Andih menangis. "Saya tak mau mati lagi doktor..." Mak Andih meraung-raung. 
     "Ada apa ni, Mak Andih? Cuba ceritakan pada saya." kata doktor.
     "Doktor, bila saya sentuh saja mana-mana bahagian badan saya, saya akan berasa sakit. Cuba doktor tgk ni!" kata Mak Andih lalu menyetuh bahu dengan tangannya.
      "Aduhhhh! Sakitnya." Mak Andih menjerit kesakitan. Mak Andih sentuh pula kepalanya, dan "Aduhhhh...!!" dia menjerit kesakitan lagi. Mak Andih terus menjerit-menrit apabila menyentuh bahagian badannya yang lain dengan tangannya.
       Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Ohhh.... Jari tangan kanan Mak Andih ni sebenarnya yang patah."
Cerita 2
Seorang atuk menegur cucunya yang tidak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu,semua lulus tinggi-tinggi. Cu ni asyik internet, TV, main bola... Internet, TV, men bola.... Bila nak belajar? Dah besar nak jadi apa? (Atuk marah   tahap tertinggi)
Cucu: Atuk ni asyik bandingkan saya dengan kawan-kawan yang lain. saya tak pernah pun     marah bila atuk tak sama macam kawan-kawan sebaya atuk yang lain.
Atuk: Tak sama apanya?
Cucu: Kawan-kawan sebaya atuk semua dah jadi arwah kan?
Atuk: &#@%*&
Cerita 3 Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Si suami memanggil semua ahli keluarganya untuk berbincang.
Suami: Ini dah melampau, gunakan telefon sesuka hati! Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja!
Isteri: Saya pun saya juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak: Oh sorry... Saya gunakan SMS aja. Untuk panggilan, saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Pembantu rumah @ Bibik: Loh, apanya kalian ribut-ribut? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja, sama juga dengan saya.!

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Info: Bunga dan Khasiatnya.

Views
Di negara kita yg tercinta ini, ada bermacam-macam jenis bunga kan? Di entry kali ini Shake nak berkongsi sedikit sebanyak tentang info bunga dan khasiatnya. Selamat membaca. 

Mawar Merah
Membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi
Mawar Putih
Menyegarkan dan menyucikan badan supaya tampak lebih berseri. 
 Cempaka Putih
Melembutkan dan mewangikan badan.
 Cempaka Kuning
Menyerikan wajah dan mewangikan badan.
 Melur Putih Dan Kuning
Menyucikan dalaman.
 Bunga Kenanga
Menaikkan seri dan senang didekati.
 Ada bermacam-macam lagi jenis bunga yang ada di Malaysia ini. Shake akan memberikan info tentang bunga-bunga lain di entry yg lain. =D

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Aiskrim Makanan Orang Asia

Views



Aiskrim sangat digemari oleh pelbagai peringkat umur. Di sebalik keenakan pencuci mulut itu mungkin ada di antara kita yang tidak tahu sejak bila ia muncul dan disukai ramai. Tertanya-tanya juga siapa sebenarnya orang yang mula-mula menikmati keenakan makanan sejuk itu. Nak tahu? Jom kita baca entry Shake kali ini.

Jawapan kepada persoalan ini akan membawa kita menyelusurisejarah aiskrim jauh ke masa lampau, iaitu kira-kira 3,000 tahun Sebelum Masihi (SM). Ketika itu dipercayai orang-orang Cina telah mempunyai beberapa jenis produk daripada ais yg dikenali sebagai sirap. Walaupun ia tidak seperti aiskrim pada zaman moden, ada pendapat mengatakan makanan sejuk itu awalnya adalah daripada bahan sirapyang kemudian dibekukan.





(Gambar sekadar hiasan)



Pada abad ke-13, Marco Polo kembali ke Eropah selepas lebih 17 tahun berada di China. Kepulangannya bukan dengan tangan kosong tetapi membawa bersama teknik bagaimana orang Cina menghasilkan aiskrim. Daripada detik itulah dikatakan bermulanya penyebaran makanan aiskrim ke seluruh pelosok dunia sehingga ia disukai ramai.
Namun demikian, pada awal kewujudan aiskrim di Eropah, bukan semua golongan boleh memakannya. Ketika itu, aiskrim hanya mampu diperoleh oleh golongan kaya Eropah sahaja. Ia telah dihidangkan sebagai pencuci mulut paling mewah dikalangan orang-orang kaya dan golongan bangsawan.
Maharaja Rom yang bernama Nemo sekitar abad ke-14 Selepas Masihi (SM) juga menjadi penggemar nombor satu aiskrim. Kerana terlalu menggemari makanan ini, dia mengarahkan para hambanya mendapatkan saljidi gunung-gunung bagi memenuhi seleranya untuk memakan aiskrim. Salji berkenaan kemudiannya dicampurkan madu dan beberapa jenis buah-buahan sebelum dihidangkan.



(Gambar Sekadar Hiasan)




Selepas melalui sejarah panjang, lama-kelamaan resepi aiskrim dan bentuknya di pelbagaikan. itu pun selepas lebih dari 70 kali penambahbaikan aiskrim dipatenkan. Menjelang tahun 1900, barulah hampir semua orang mampu menikmati keenakan aiskrim. Lebih-lebih lagi setelah alat membuat aiskrim tradisional dicipta oleh Nancy Johnson dari Philadelphia pada tahun 1843.
Tapi bagaimnana aiskrim dihasilkan sehingga teksturnya begitu lembut dan rasanya sangat sedap? Kunci kepada persoalan ini adalah tindak balas kimia. Penggunaan garam yang dicampurkan ke dalam ais telah mengawal suhu campuran bahan-bahan dalam aiskrim.
Walaupun pada dasarnya kita melihat aiskrim tampak mampat, tapi apabila diperhatikan di bawah mikroskop akan kelihatan empat susunan komponen didalamnya. Pertama, padatan globul lemak susu, udara yang ukurannya 0.1 milimeter, kristal-kristal kecil ais dan air yang melarutkan gula, garam serta protein susu.
Jika campuran berkenaan dibiarkan di tempat dingin, aiskrim tidak akan terhasil dengan baik. Apa yang terbentuk cuma gumpalan padat berisi kristal-kristal ais yang tidak enak dimakan.
Justeru itu, untuk mendapatkan aiskrim yang sedap dimakan, adunan aiskrim harus digoncang semasa proses pendinginan berlangsung. Kocakan selama proses pendinginan merupakan kunci dalam pembuatan aiskrim yang baik. Tujuannya adalah untuk mengecilkan ukuran kristal ais yg terbentuk. Ini kerana, semakin kecil ukuran kristal ais, semakin lembut aiskrim yang dihasilkan.
Pun begitu, sesedap san selembut mana pun aiskrim yang dihasilkan, Jika is tidak disimpan dengan baik, sebahagian aiskrim akan mencair lalu membentuk kristal ais yang lebih besar apabila dimasukkan kembali ke peti sejuk. Akibatnya tekstur aiskrim menjadi semakin kasar dan tidak enak dimakan.





(Gambar Sekadar Hiasan)



FAKTA RINGKAS:

  • Pada 23 Julai 1904, Charles E. Minches mencipta kon aiskrim.
  • Sekitar 1880-an, Yakub Fussell membuka kilang aiskrim pertama di Amerika. Rakan kongsi FUssell, James Horton kemudiannya membuka lagi sebuah kilang di New York.
  • Dari sudut kesihatan, aiskrim tidak akan menyebabkan batuk. Batuk terjadi disebabkan oleh perubahan suhu selepas memakan aiskrim.
  • Selesema selepas memakan aiskrim juga bukan disebabkan oleh makanan manis tersebut. Sebenarnya ia disebabkan infeksi bakteria atau virus.
  • Mitos mengatakan, aiskrim tidak boleh dimakan ketika hari hujan atau sejuk. Sebenarnya perkara itu tidak benar. Memakan aiskrim sewaktu cuaca sejuk hanya melambatkan proses pencairan aiskrim. Jadi anda boleh menikmatinya dengan perlahan-lahan dan Tidak perlu terburu seperti ketika cuaca panas.



"Hidup umpama aiskrim. Nikmati ia sebelum cair"



Info: Majalah Infinity Keluaran Disember 2011


Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

14 Februari: Sejarah Valentine’s Day Dan Hukum Menyambutnya.

Views


Dewasa ini, Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi.
Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih.
Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Sejarah Permulaan Valentine’s Day

Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

1. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

2. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

3. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Hujjah dan Dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. : Bermaksud :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

Info: Google Search (homefamilysite.com)




Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Kewujudan Pokok Pelangi

Views

Bagi yang tidak pernah melihat fenomena aneh seumpama itu, pastinya tertanya-tanya apakah jenis pokok itu? Apabila diselidik, flora ganjil itu rupanya pokok daripada kumpulan Eucalyptus. Pokok spesies ini merupakan salah satu daripada 700 jenis pokok berakar tunjang yang ditemui didunia.      
Menurut pakar Fizik Kayu, Jabatan Pengeluaran Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Mohd Zin Jusoh, pokok tersebut memang wujud. Secara saintifiknya, pokok ini dikenali sebagai Eucalyptus Deglupta. Ia adalah spesies pokok yang berasal dari Negara Australia.
Pokok spesies ini sangat istimewa berbanding pokok-pokok yang lain. Keseluruhan fizikal pokok dipenuhi pelbagai warna-warni, kecuali pada bahagian daunnya. Tidak hairanlah ada sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai ‘Pokok Pelangi’. Tapi, kenapa tersebut boleh mengeluarkan warna sama seperti pelangi? Mengapa keistimewaan itu hanya dimiliki oleh sebahagian pokok tersebut dan tidak pada keseluruhan tumbuhan yang lain.    Alasan mengapa bukan semua organisma seperti pokok tersebut di planet ini mampu mengeluarkan warna seperti Eucalyptu Deglupta masih belum dapat dijelaskan secara saintifik. Namun, menurut Dr. Mohd Zain, fenomena berkemungkinan terjadi akibat tindak balas yang berlaku antara sel-sel fisiologi pokok. Secara normal, sel-sel ini akan bertindak balas semulajadi pada bahagian batang pokok. Ia terjadi kerana melalui proses pengantian kulit pokok. Setiap tahun, kulit pokok akan menjalani proses pengantian kulit yang baru setiap masa, tetapi proses penggantian itu tidak terjadi secara total, sebaliknya secara berperingkat mengikut bahagian-bahagian yang tertentu.
Sebagai contoh, penggantian kulit yang pertama akan menghasilkan warna hijau, kemudian penggantian kulit yang kedua berwarna hijau akan berubah menjadi biru, oren, ungu dan merah. Kemungkinan besar, proses proses yang terjadi secara berperingkat pada bahagian-bahagian tertentu dibatang pokok yang menyebabkan warnanya menjadi pelangi.Eucalyptus Deglupta adalah sejenis pokok kayu yang mampu tumbuh sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Pokok tersebut ditanam secara meluas di seluruh dunia, terutama sekali ia digunakan dalam industry pembuatan produk kayu.



Cantekkan Pokok Pelangi Nie?

Kata Shake: Sungguh Indah Ciptaan Allah SWT.

Info: Google Seach

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Are you a Malaysian? Do you use Facebook? Twitter? Here are some presents for you!

Views

Are you a Malaysian? Do you use Facebook? Twitter? Here are some presents for you!: Win prizes ranging from cool gadgets, shopping vouchers, experiences and more when you share a SAYS Social Recommendation to your friends on Facebook and Twitter.

By choosing your favorite prizes from the Weekly Giveaway, every unique visit received after sharing a Social Recommendation will leave you with a +1 chance of winning a prize you chose. Even better, invite a friend and receive +10 chances!

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Contest: Karakter Pilihanku Bersama NZ & JL

Views





Character Pilihanku : UZUMAKI NARUTO

Uzumaki Naruto

Seorang yang tabah, kuat dan tidak pernah kenal erti putus asa. Sahabat Sejati yg rela berkorban apa sahaja untuk menyelamatkan kawan-kawan.

Sebab itu saya memilih karakter Uzumaki Naruto dr siri Anime/Manga Naruto.

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Gula-Gula Dari Kulit Buah.

Views

Hai semua. Shake nak bercerita tentang gula-gula yang diperbuat dari kulit buah jambu batu dan mangga yang dicipta oleh Ketua Pusat Pengajian Teknologi Industri, Profesor Madya Dr. Noriham Abdullah. Banyak khasiatnya tau. Jom baca!

Kebanyakan daripada kita akan membuang kulit buah terlebih dahulu sebelum memakannya. Tapi tahukah kawan-kawan bahawa kulit buah seperti magga dan jambu batu yang selama ini dianggap tidak berguna boleh dijadikan gula-gula? Unikkan buah-buahan tempatan?
Sekumpulan penyelidik dari Fakulti Sains Gunaan, UiTM telah berjaya menghasilakn inovasi baru dalam industri pembuatan snek berasaskan kulit buah-buahan ini. Makanan ringan tersebut diberi nama Fruity Peelo. Ia dihasilkan daripada kombinasi kulit buah mangga dan jambu batu. Gabungan dua kulit buah-buahan ini telah memberikan inovasi snek ringan yang rasanya sangat enak. Selain daripada sedap dimakan, snek ini sebetulnya baik untuk kesihatan.
Kajian saintifik telah membuktikan bahawa buah jambu batu dan mnagga memeliki khasiat yang sangat tinggi kerana kaya dengan kandungan vitamin mineral, serat dan antioksidan.




Jambu Batu

Jambu batu atau nama saintifiknya Psidium Guajava misalnya boleh menjadi sumber perubatan tradisional mahupun moden. Ini kerana, bahagian biji dan kualitinya dapat digunakan untuk mengawal tekanan darah serta menguranngkan kandungan kolestrol dalam badan




Mangga

Buah mangga pula dapat membantu sistem pencernaan. Sebahagian besar serat buah ini juga didapati boleh larut dalam air dan mampu menjaga kolestrol agar menjadi normal.Disamping itu, kedua-dua buah tersebut turut didapati mengandungi antioksidan. bahan inisangat berguna dalam melawan radikal bebas, iaitu penyebab pelbagai jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kardiovaskular.
Meskipun gula2-gula ini diklasifikasikan sebagai makan ringan, kata Profesor Madya Dr. Noriham Abdullah (Ketua Pusat Pengajian Teknologi Industri), Fruity Peelo dilihat berpotensi menjadi snek sihat dinegara ini. Malah, sangat sesuai untuk mereka yang mementingkan pemakanan diet yg sihat. Oleh itu, gula-gula lembut ini begitu ideal dijadikan snek pilihan untuk semua generasi, terutamanya golongan kanak-kanak.
Fruity Peelo tutut memeliki rasa masam-masam manis. Malah tiada kandungan bahan-bahan logam berat lain seperti plumbum yang berbahaya untuk kesihatan. Sesuai dengan matlamat para penyelidik untuk mewujudkan pengambilan makanan ringan secara sihat dikalangan penduduk Malaysia.

Info ini diambil dari majalah Infinity keluaran Feb 2010

Kata Shake : Bangga menjadi Anak Malaysia!





Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Kawan Baik Saye

Views
Assalamualaikum.
Selamat pagi semua. haa.. bangon pagi rasa mcm ting tong pulak. biasanye bangon tengah hari kan? arini bangon pagi semata2 nak berblog! hahahaha. ~
okelah. entry kali nie cume nak wish beshday kawan baik yg serba serbi paham ttg diri shake. hahaiii. kira BFF la kot. So, Happy Birthday yg ke-26 utk Fysal Mohammed Ximan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Hope ko berjaya dlm bidang yg kau ceburi.


Dia jugak lah yg mengajar aku menggunakan Adobe Photoshop Element 10 tu. thx you! kalau ko xde, terkial-kial lah aku nak wat header tuh!
Sebenarnye idea berbloging nie jugak datang dr dia. dr aku x wat pape pon, baik aku berbloging kan? manelah tau boleh share benda2 yg berguna ker. hikhik
Thx Fysal. keep support me! (^.^)V

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Hari Ke-5 Berbloging

Views
Assalamualaikum.
Setelah 4 hari berbloging, inilah hasilnya. masih belum memuaskan hati. masih banyak lg benda belom buat. blog pon masih belom kemas lg. nampak serabut. Tutorial Cik Lyssa pon belom habis study lg. besok sambung lg laa jawapannye. weee. thanks ye Cik Lyssa. Blog awak byk membantu Shake. Kepada sesape yg singgah tuh, follow lah. nty shake follow semula. nak tinggalkan komen pon boleh. :)


Thanks Semua.

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Terima Kasih..

Views
Assalamualaikum
Hye guys. Terima kasih kerana singgah di blog yg x seberapa nie. mintak maaf bebanyak kerana blog ini masih lg under construction. maklum lah, saya baru nak berblogging. masih lagi terkial-kial. mintak maaf yer. if kalau kawan-kawan ader tips ape2 utk saya ke, saya alu2kan. 


Terima Kasih =D

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Anugerah Juara Lagu Ke-26

Views

Semua hebat2 belaka. Tetapi kemenangan artis2 sudah dijangka. Kesemua Juara sangat berpotensi utk menang. Tahniah utk semua. Yang tak menang tu, cuba lagi tahun hadapan. :) Peluang masih terbuka.
Persembahan Terbaik = Kisah Hati-Alyah.. Weehoooooo! agak dah! ♥♥

Vokal Terbaik = Awan Nano-Hafiz. Terbaekkk!
Tempat Ke-3 = Karma-Faizal Tahir.
Naib Juara = Beribu Sesalan-Ning, Jac, Shila (3 Suara)

Juara Anugerah Juara Lagu ke-26 = Awan Nano-Hafiz.

Tahniah Hafiz! Sudah Di Jangka! Kamu mmg Hebat! Tahniah Jugak M.Nasir! Lagu Kamu Hebat! 



Artis-artis yg membuat persembahan di malam AJL26

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Views
Assalamualaikum.


haaaa. hari pertama aku berbloging. pening jugak. dr pagi aku just dok belek2 jer blog nie. itu pon x paham2 lg. pastu aku p tgk2 blog org lain. cecantek. bila agaknya aku nak pandai mcm diorang ek? hahahaha. nak kene byk buat research nih.


Google Search, please be Nice to me okey. (^.^)V

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

Berkenalan ...

Views
Assalamualaikum Semua..

Nama aku Fuad atau ade sesetengah orang yg mengenali aku sebagai Sham.

Aku baru nak berjinak-jinak2 dalam dunia blog ni. Niat nak buat blog dah lame dah, tp aku mcm xde idea ape yg aku nak post. tp xpelah. biar aku cuba ape yg terlintas dalam kepala otak aku nie.

So, sesiapa ade sebarang tips yg nak berkongsi dengan aku, di alu2kan. :)

Thx.


PenembakAwan

Hai! Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ini. Like Kalau Suka =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012. All Right Reserve By Shaky Shake